Definition List

Tuesday, November 8, 2016

BELUM SAMPAI MASA UNTUK ORANG MUDA RANCANG HARTA PUSAKA? ARTIKEL INI AKAN UBAH FIKIRAN ANDA..

ADAKAH ANDA TAHU RM60 BILION HARTA PUSAKA MASIH TIDAK DI TUNTUT HARI INI. BILLION TAU.BUKAN SIKIT JUMLAH NI. BOLEH BACA ARTIKEL PENUH DI SINI ( http://www.hmetro.com.my/node/111497)

Alasan banyak yang didengar zaman sekarang ni
saya muda lagi , harta pun tak banyak, hutang ada la”

Statistik Trafik pada 2006 hingga December 2015 menunjukkan seramai 34,766 belia berumur di antara 18 – 24 tahun maut di jalan raya. Ini menunjukkan umur muda pun ramai juga yang sudah menemui ajal. Ini hanya statistik kemalangan maut di jalan raya, belum lagi melibatkan kes kes lain. Data ini buktikan yang umur muda juga tak terkecuali untuk menemui ajal. Perkara ni jelas berada dalam luar kawalan kita.
Namun, amat sedih bila saya baca data survei yang dibuat (responden berumur antara 24 hingga 30 tahun) yang sudah mempunyai hartanah lebih dari 1 unit, menunjukkan 70% tidak memikirkan langsung untuk merancang pusaka mereka kerana rasa terlalu muda dan tunggu sehingga umur tua (>40 tahun). Manakala, 20% menyatakan belum ada harta walaupun sudah memiliki rumah. 10% lagi banyak yang rata-rata memberi alasan yang remeh seperti tidak tahu, kos tinggi kerana menyangka hanya peguam yang uruskan, tidak kesah, dan tidak penting.
Dalam artikel ini saya akan terangkan apa terjadi kepada aset terutama rumah apabila seseorang itu meninggal dunia/mati. Namun penerangan ini lebih kepada harta orang islam kerana lebih rumit berbanding bukan islam yang tidak terikat dengan isu dosa halal haram.
Image result for orang tua terabai berebut hartaKenapa proses tuntutan akan memakan proses yang lama dan menelan kos yang tinggi?. Saya juga akan kupas bagaimana aset akan terbeku serta cara peyelesaian terbaik untuk rumah/ bagunan komersil supaya tidak terbeku dan menjadi rebutan.

APAKAH AKAN TERJADI KEPADA HARTA SELEPAS SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA/MATI?
Image result for proses flow pengurusan pusakaSecara ringkas, semua harta terbeku sehingga waris mendapat surat mentadbir/surat probate setelah melalui  tuntutan pusaka. Proses tuntutan mestilah merangkumi semua harta si mati bukan sesuka hati tuntut satu persatu.
Harta terdiri daripada harta :-
  1. ALIH - Harta alih seperti duit, kereta, barang kemas, barang koleksi berharga, unit trust, kwsp, shares, stock, takaful/insurans dll yang boleh di alih
  2. TAK ALIH - Harta tak Alih pula adalah rumah, kondominium, rumah kedai dan tanah yang tidak boleh di alih.
Semua rakyat Malaysia, tak kira sama ada Islam atau bukan Islam, muda atau tua, kaya atau miskin, semua akan berdepan dengan proses tuntutan pusaka terlebih dulu, sebelum harta tu diagih atau diturun hak milik.
Harta di bawah RM2 juta perlu kita failkan di Pejabat Pusaka Kecil. Manakala bagi harta yang melebihi RM2 juta pula, kita perlu failkan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Harta dalam bentuk duit yang tiada penama di bawah RM600,000 pula boleh dituntut di Amanah Raya Berhad selepas mendapat surat mentadbir/probate.
Hartanah dalam bentuk rumah atau bangunan komersil yang berada dalam radius kawasan yang bagus, ada potensi tinggi untuk menjangkau nilai melebihi RM2 juta. Jadi, mungkin kita tidak sedar bahawa aset kita sudah menjangkau 2 juta dalam diam.
Kos tuntutan di Mahkamah Tinggi amat “ tinggi” untuk waris kerana mereka perlu melantik peguam probate sendiri, dan dapatkan 2 bon penjamin yang mempunyai harta sama nilai dengan si mati atau lebih.
Sehingga tahun lepas, statistik merekod kos peguam meningkat naik hampir 400%.
Proses tuntutan harta boleh memakan masa bertahun lamanya malah ada yang puluhan tahun. Cabaran utama proses tuntutan adalah:-
  1. Perselisihan pendapat antara waris, tiada muafakat.
  2. Tidak tahu macam mana untuk menuntut pusaka ( berkaitan undang undang).
  3. Waris tidak faham struktur Faraidh keluarga.
  4. Kos yang tinggi oleh pewaris terutama melibatkan jumlah harta lebih dari 2 juta.
Bagi orang islam sistem Faraidh/ pemuafakatan/hibah digunakan, manakala bukan islam tertakluk kepada Akta Pembahagian 1958. Jadi, untuk orang islam lebih remeh kerana melibatkan soal hukum halal haram memakan hak orang lain. Waris perlu mendapatkan sijil Faraidh di Mahkamah Syariah dan memilih sama ada untuk membuat pembahagian mengikut Faraidh atau permuafakatan selepas di tolak hutang hutang si mati di dunia atau pun hutang dengan Allah seperti zakat, fidyah dll (sepatutnya). Namun ramai yang hanya fikir berapa bahagian mereka sahaja tanpa persoalkan hutang hutang si mati terlebih dahulu.
Jika ada buat wasiat biasa, didapati ada waris yang tidak bersetuju dengan wasiat si mati maka secara automatik pembahagian adalah Faraidh.  Mengikut statistik yang diperoleh melalui Jabatan Kehakiman Syaariah Malaysia (JKSM) terkini menunjukkan hampir 70 Billion harta terbeku dan kebanyakkan puncanya adalah waris tidak mampu untuk menuntut harta pusaka tersebut serta tidak tahu bagaimana untuk menuntut disebabkan waris masih dibawah umur atau terlalu tua yang menyebabkan banyak pertelingkahan.

Adakah anda juga ingin harta anda menjadi salah satu statistik ini?

Apa terjadi kepada duit di dalam akaun simpanan, unit trust, fix deposit dll?
Duit berpenama seperti KWSP/Tabung Haji/ Unit Amanah/Takaful/Join akaun dan Koperasi tidak akan terbeku. Penama boleh mengeluarkan duit tersebut. Manakala duit tidak berpenama seperti  Simpanan/Unit Amanah/CDS akaun/ASB/ dan mana mana simpanan yang tidak boleh diletak penama akan terbeku. Jika jumlahnya kurang dari RM600 ribu maka duit tersebut di tuntut di ARB manakala jika melebihi RM600 ribu akan melibatkan Mahkamah Tinggi.

APAKAH AKAN BERLAKU KEPADA HARTANAH ITU SELEPAS PEMILIKNYA MENINGGAL???
Hartanah akan terbeku selagi belum ditukarmilik kepada orang yang masih hidup sama ada waris atau pentadbir (pemegang amanah). Sedangkan, Hartanah tidak boleh ditukar hak milik selagi
  1. Masih mempunyai hutang
  2. pemilikan strata belum selesai/ geran masih berkelompok
  3. Mempunyai waris dibawah umur 18 tahun.
Bagaimana Rumah nak di agihkan ? Proses pembahagian akan tergantung sehingga selesai semua isu yang menghalang di mana nama pentadbir akan dimasukkan ke dalam geran sebagai Pemegang Amanah untuk sementara. Pemegang Amanah boleh mentadbir rumah tersebut sama ada untuk disewakan atau diduduki. Jika berhasrat untuk menjualnya, pendtadbir/pemegang amanah boleh membuat tuntutan penjualan di Pejabat tanah/ Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sebab yang kukuh. Jika di luluskan baru lah surat kebenaran penjualan di keluarkan.
Namun, pada hari ini, ramai yang menggunakan rumah sebagai pelaburan dimana cara pemilikan rumah tersebut ada bermacam macam cara malah ada yang merumitkan. Jadi proses pemilikan atau penjualan perlu bergantung kepada persetujuan semua pihak berkepentingan terlebih dahulu. Kes ini boleh mengakibatkan rumah di lelong, ditinggalkan kosong, pertelingkahan dan maslahah waris lain dinafikan/terabai. Kebanyakan yang banyak berlaku, hartanah itu dijual dengan harga yang sangat rendah disebabkan desakan waris waris yang inginkan bahagian pecahan mereka. Lebih teruk, ada juga kes anak isteri atau ibu bapa dihalau keluar dari rumah tersebut.

ADAKAH KELUARGA AKAN BERGADUH SESAMA SENDIRI?
Di zaman serba materialistik, rumah adalah salah satu bentuk pelaburan yang sangat berbaloi jika kena dengan cara dan tempat. Namun, perlu di ingat, rumah adalah asset yang sentiasa meningkat dan menjadi rebutan terutama untuk kes harta pusaka. Jarang kita dengar berebut duit kerana duit senang dibahagi dan nilainya mungkin tidak terlalu besar berbanding rumah. Untuk membeli rumah bukan sesenang itu malah terpaksa melupakan kemewahan lain buat seketika. Sekecil mana pun rumah itu tetap harta yang semakin bernilai di kemudian hari atau tempat berteduh. Jadi, tidak menjadi pelik jika waris yang dahulunya rukun aman damai menjadi musuh dan bersengketa malah boleh saling berbunuh.

Siapa lagi yang layak dan boleh menuntut rumah si mati ?
Waris Faraidh, Bank, Syarikat Trustee, Pemiutang

Siapa lagi yang boleh menuntut duit /harta alih daripada waris si mati?
Waris Faraidh, Bank, Syarikat Trustee, Pemiutang

Macam mana untuk melindungi rumah untuk keluarga tersayang supaya tidak sia-sia?
Perkara pertama yang perlu difikir adalah mampu kah waris menyediakan kos untuk menuntut pusaka anda?
Sampai hati kah untuk membiarkan kedua orang tua anda (jika tidak berkahwin lagi) terpaksa melalui kesulitan prosedur perundangan untuk menuntut harta anda?
Betul kah pasangan atau anak anak tahu macam mana hendak menuntutnya dan berapa lama kah akan memakan masa sebelum mereka dapat menggunakan aset tersebut?
Bagaimana nasib anak anak dibawah umur pula? Ibu bapa tua anda yang memang bergantung punca pendapatan dari anda?
Jika anda ada soalan ini di dalam kepala, maka sebagai muslim wasiat murah bukan lah pennyelesaian terbaik. Antara produk yang ada di pasaran untuk aset adalah:-
  1. Wasiat 1/3 ( untuk bersedekah dan diberi kepada bukan waris Faraidh.
  2. Hibah (pemberian/ hadiah semasa hidup dan berkuatkuasa selepas meninggal)
  3. Harta Sepencarian
  4. Wakaf
Untuk Hartanah, instrumen hibah paling sesuai dan cara yang paling digalakkan dalam islam terutama golongan kritikal tersebut.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad ada menyediakan hibah “Ruqba” iaitu Hibah (pemberian) berpatah balik. Jika penerima Hibah meninggal dahulu maka Hartanah itu akan berpatah balik kepada pemberi dan tidak menjadi pusaka penerima. Selain itu, Wasiyyah Shoppe Berhad Juga mendapat pengiktirafan Hibah dari Mahkamah Syariah malah rumah yang masih di dalam cagaran ( dengan syarat mempunyai MRTA/MRTT) boleh dihibahkan berbanding dengan syarikat trustee yang lain mensyaratkan hartanah tersebut perlu bebas hutang dahulu. Jadi, untuk pelabur Hartanah, Hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad paling sesuai malah boleh dikumpulkan beberapa geran sekaligus.
Jika ada terfikir untuk mendapat pahala berpanjangan daripada harta yang dicari pada hari ini, rancanglah awal harta anda. Perancangan awal harta bukan hanya untuk mengagihkan kepada yang disayangi malah menjamin hutang dibayar dan boleh membuat perjanjian amanah supaya harta di sedekahkan sebahagiannya supaya pahala berpanjangan. Saudara mara juga hidup berkasih sayang dan hasrat titik peluh hari ini tercapai.
Secara kesimpulan, adakah betul Gen Y tak perlu lagi merancang harta pusakanya???? 100% salah. Orang yang perlu merancang hartanya adalah orang yang:-
  1. Masih sihat. Kerana di dalam islam hanya orang yang berada dalam keadaan waras sahaja boleh membuat hibah.
  2. Orang yang kesah dan sedih hasil titik peluhnya yang dikumpul dengan susah pergi kepada orang yang tidak sepatutnya. Ini kerana, waris Faraidh nya mungkin terlampau ramai dan tiada kena mengena selama ini.
  3. Orang yang teringin anak anak kecil mereka atau orang tuanya mendapat hak mereka dan terbela.
  4. Takut harta yang sedikit tidak dapat menyelesaikan hutangnya bila meninggal dunia esok, ini termasuk hutang dengan Allah (zakat, fidyah,haji dll).
  5. Orang yang tidak ingin namanya disebut sebut walaupun sudah lama meninggal kerana kejam meninggalkan waris dengan harta yang menyusahkan dan memporak perandakan silaturahim.
  6. Orang yang rasa pahalanya masih sedikit untuk masuk syurga Allah. Ini kerana jika dirancang dengan bijak, harta sedikit yang ada sekarang boleh dijadikan infak berterusan walau telah meninggal dunia.
  7. Orang yang tak nak menjadikan hartanya puaka untuk waris kesayangan (menyebabkan waris bergelumang dosa).
Jika anda ada salah satu sebab dari senarai di atas, jom rancang sekarang. Jika nak beli rumah atau nak kahwin kita boleh merancang awal awal dan berhati hati jadi kenapa tak sanggup merancang harta yang bukan senang anda kumpulkan itu? Boleh hubungi saya Ros Shila di 013 480 4906 untuk membuat temujanji dan faham lebih lanjut lagi. Mencari ilmu itu juga harta dan merancang itu adalah harta pasif.

Image result for langit dan bumi tidak terima roh orang berhutang

Share:

0 comments:

Post a Comment

Laman Facebook

Recent Posts

Recent Posts Widget

Total Pageviews

Categories

Text Widget

Unordered List

Almari Buku Hartanah

Wasiyyah Shoppe

Hubungi Kami

Ros Shila
+6013-4804 906
| Professional Mawarith at Wasiyyah Shoppe Berhad |
| Financial Advisor | Property Advisor | Hamba Allah |
| Motivator |

Copyright © Bijak Urus & Rancang Kewangan Secara Islamik | Powered by Blogger Design by PWT | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com