Definition List

Monday, September 19, 2016

PERNAHKAH ANDA AMBIL TAHU MACAM MANA PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA

PERNAHKAH ANDA AMBIL TAHU MACAM MANA PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA



2 tempat sahaja:-
●1. Pejabat Pusaka kecil JKPTG untuk nilai keseluruhan aset di bawah 2 juta
●2. Mahkamah Tinggi (sivil) untuk nilai keseluruhan aset lebih dari 2 juta
Jika kesemua waris faraidh di atas 18 tahun Alhamdulillah mungkin satu masalah selesai tetapi jika salah satu daripada waris dibawah umur 18 tahun maka tunggulah mereka berumur 18 tahun dahulu untuk menguruskan harta pusaka anda.
Apa terjadi kpd anak anak anda? Ibu bapa tua anda?
Anda byk duit n harta tetapi tidak boleh digunakan anak anak? Ibu bapa?
Macam mana?
Sedih kan.... siapa yang bela nasib diorang?

*********************************************************
10 golongan kritikal yang memerlukan perancangan awal harta wasiat dan hibah :
*********************************************************
●1. Pasangan suami isteri yang mempunyai anak perempuan sahaja
●2. Pasangan suami isteri yang mempunyai anak di bawah umur dan mahukan masa depan mereka terjamin
●3. Pasangan suami isteri yang tiada anak
●4. Pasangan yang mempunyai anak perempuan dan lelaki yang ingin diberi pembahagian sama rata
●5. Individu yang berpoligami
●6. Individu yang tidak berkahwin tetapi mempunyai hartanah dan nilai keseluruhan aset melebihi 2 juta.
●7. Individu yang berkahwin semula selepas kematian/ perceraian yg mempunyai anak pada perkahwinan lepas.
●8. Suami isteri yang membeli aset bersama terutama hartanah.
●9. Pasangan yang mempunyai anak OKU atau ANAK ANGKAT
●10. Ahli perniagaan secara berseorangan atau partner yang harapkan perniagaannya masih berjalan lancar selepas kematian

ADAKAH ANDA SALAH SATU DARI GOLONGAN KRITIKAL ITU?
ADAKAH ANDA PASTI LAMBAT LAGI MATI?
Maka rancanglah harta anda dari sekarang .... walau nilai sedikit tetapi berbaloi dengan tenaga yang dicurah kerana sampai hajat kepada orang yang anda sayangi dan ingin lindungi....
*********************************************************

Jika ingin mengetahui lebih lanjut macam mana untuk rancang pengurusan harta dan pusaka anda secara komprehensive dan mengikut hukum syarak serta cepat dan murah, hubungi wakil kami di Wasiyyah Shoppe Berhad
Shila : ♡♡☆☆0134804906♡♡☆☆
Shila : ♡♡☆☆ 0134804906♡♡☆☆
InsyaAllah konsultasi percuma dan tiada obligasi...
Menuntut ilmu Faraid itu adalah fardu kifayah. WhatsApp saya untuk ketahui struktur faraid anda.
Share:

Tuesday, September 6, 2016

FARAID DAN WASIAT : APAKAH PERANAN KEDUA-DUANYA

Wasiat sering kali menjadi perkara yang diperbincangkan oleh masyarakat di ketika ini. Apabila disebutkan wasiat kepada rakan atau saudara mara kita, maka perkataan yang sering timbul dari mulut mereka ialah :
“Adakah kau pikir aku nak mati” bunyi macam tak sopan..
Persoalannya adakah wasiat itu adalah semata-mata disediakan untuk orang yang hampir maut (Marad al maut) atau ketika usia kelihatan tua atau menghadapi berpenyakit kritikal semata-mata?
Apakah benar kehadiran wasiat ini telah mengubah sistem Faraid kerana seringkali kita beranggapan bahawa hanya sistem faraid sahaja adalah perlu ‘dipatuhi’ oleh setiap muslim berbanding wasiat yang kelihatan lebih konvensional pendekatannya (cara bukan muslim)?
Jika benar hanya sistem faraid boleh menyelesaikan harta pusaka si mati oleh demikian bagaimana dengan harta pusaka yang telah membeku sebanyak RM40 bilion?
Faraid hanyalah satu bentuk KAEDAH dalam pembahagian harta pusaka si mati kepada waris mereka tetapi pentadbiran dalam urusan pembahagiannya adalah kunci utama sebelum pengagihan (faraid) ini dilakukan. INI ADALAH FAKTOR UTAMA MENGAPA harta pusaka sebanyak RM66 bilion gagal diagihkan.

Apakah Faraid?

Faraid ialah pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Ianya terkandung di dalam Al-Quran pada surah An-Nisa ayat 11 hingga 12. Jika pihak waris bersetuju untuk menerima agihan harta pusaka berdasarkan kehendak si mati maka sistem ini tidak dipakai namun jika ada sebahagian waris yang tidak bersetuju dengan wasiat si mati maka pembahagian ikut faraid dibolehkan kepada pihak waris yang tidak bersetuju itu sahaja.
Bukan muslim tidak terikat dengan faraid maka mereka bebas memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka mahu hatta kepada haiwan kesayangan mereka.

Apakah Wasiat?

Wasiat pula ialah pesanan yang disampaikan ketika hidupnya bagaimana harta pusakanya diagihkan. Ianya Cuma sekadar pesanan dan hasrat si mati dalam menyampaikan pesanan dan juga agihan ikut kemahuan beliau. Wasiat dalam Islam adalah sunat muakkad dimana ianya tidak bercanggah dengan hukum faraid atau syariat. Wasiat yang dibenarkan dalam islam ialah hanya maksimum satu per tiga (1/3) harta pusaka kita yang boleh diberikan kepada mereka yang bukan waris dan mesti mengikut hokum syarak. Jadi apakah kepentingan wasiat?
Wasiat adalah sebahagian dari terlaksananya faraid iaitu wasi berkelayakan yang dilantik oleh pewasiat di dalam wasiat itu akan bertanggungjawab menguruskan hutang-hutang si mati, menyusun aset-aset si mati untuk diagihkan ikut kehendak si mati dan mengikut faraid (jika waris tak setuju dengan agihan si mati) seperti apa yang terkandung di dalam wasiat tersebut. Ianya akan lebih memudahcarakan urusan mendapatkan semula maklumat-maklumat tersebut berbanding dengan ketiadaan wasiat dimana pentadbir (executor) yang dilantik atas persetujuan semua waris akan mendapatkan semua maklumat yang tiada di catatkan oleh si mati sepanjang hidup beliau.
Agak leceh dan sukar bukan? Tambahan pula jika pentadbir (executor) dilantik oleh kalangan waris adalah tiada yang pengalaman maka akan lebih menyukarkan usaha beliau mendapatkan maklumat dan ini akan melambatkan proses pengagihan harta pusaka.
Perkara paling penting dalam penyediaan dokumen wasiat (Wisoyah) ialah pelantikan WASI yang boleh menguruskan harta pusaka dengan amanah dan bijaksana. Tugas Wasi ini sangatlah berat kerana bila menguruskan harta pusaka di Malaysia, maka wasi tidak terlepas untuk sentiasa menghubungi dan hadir ke Pejabat Tanah, Bank, Institusi kewangan, Amanah Raya, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Kadang-kadang sehingga bertahun-tahun lamanya. Beberapa tugas penting WASI adalah seperti berikut:-

  • Mengakses wasiat dan mempunyai bukti kesahihannya
  • Mendapatkan Probet iaitu mendapat kebenaran menguruskan harta pusaka dari Mahkamah Sivil
  • Menghimpumkan semua harta peninggalan pewasiat
  • Menyediakan penyata akaun
  • Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
  • Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid
Disebabkan pengurusan harta pusaka adalah sesuatu yang sukar diuruskan oleh kebanyakan individu maka sewajarnya pewasiat melantik WASI itu dari sesuatu badan amanah yang pakar di dalam pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya (ARB), As-Salihin dan sebagainya. Dengan ini pewasiat tidak membebankan waris atau mana-mana individu dalam menguruskan harta pusakanya. Oleh demikian kadar pembekuan harta pusaka yang tidak dituntut atas sebab pentadbiran ini akan dapat dikurangkan.
Di zaman ini, sekiranya seseorang itu tidak menyediakan dokumen wasiat untuk melantik WASI maka untuk menguruskan harta pusakanya akan menjadi sangat sukar . Ditambah pula,sekiranya aset simati melebihi RM 2 juta.
Kesimpulannya, perkara pokok dalam menyediakan dokumen wasiat (Wisoyah) adalah untuk melantik WASI (pemegang amanah harta pusaka si mati). Tiada pertentangan antara penyediaan dokumen wasiat dengan hukum faraid. Sebaliknya dengan dokumen wasiat akan memudahkan pengagihan harta melalui hukum faraid.
Shila 0134804906/ 01113230796
Share:

Laman Facebook

Recent Posts

Recent Posts Widget

Total Pageviews

Categories

Text Widget

Unordered List

Almari Buku Hartanah

Wasiyyah Shoppe

Hubungi Kami

Ros Shila
+6013-4804 906
| Professional Mawarith at Wasiyyah Shoppe Berhad |
| Financial Advisor | Property Advisor | Hamba Allah |
| Motivator |

Copyright © Bijak Urus & Rancang Kewangan Secara Islamik | Powered by Blogger Design by PWT | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com