Definition List

Tuesday, November 29, 2016

ANAK KECIL DI TENDANG KE SANA SINI TETAPI HARTA IBUBAPA NYA DI BOLOT?

Jika anda ibubapa yang masih mempunyai anak yang masih di bawah umur 18 tahun, apa akan berlaku kepada anak anak anda tersebut jika tiba tiba Allah menjemput anda ke Syurga bersama sama pasangan sekaligus.

Tengok tak siri drama baru Amsyar (2016) di slot Azalea TV 9? 
Drama siri ini menceritakan Amsyar yang kehilangan ibubapa nya sekaligus dan tidak ada sesiapa di kalangan saudara ibubapanya yang ingin menjaganya. Pada awalnya pakciknya ingin menjaga Amsyar tetapi isteri pakcik nya tidak suka dan menderanya. Ibu bapa Amsyar bukan orang biasa malah mempunyai rumah yang mewah. Namun, nasib Amsyar terhumban ke rumah anak yatim dan harta ibubapanya di bolot oleh adik beradik ibubapanya yang tamak.

Walaupun ini hanyalah cerita rekaan tetapi ceritanya adalah realiti yang berlaku sekarang. Sebaik sahaja ada waris meningal semua sibuk untuk agihkan harta tetapi tiada pun yang sibuk membela anak si mati. Tambahan jika hanya anak perempuan pula tu kerana ibubapa si mati dan adik beradik si mati juga mempunyai hak Faraidh ke atas harta itu.

Bila kita mati, antara perkara yang boleh berlaku:
  • Harta pusaka tak dapat difaraidkan setelah bertahun-tahun kematian kita kalau berlaku konflik pelantikan pentadbir dikalangan ahli waris. Mungkin isteri/ibubapa kita terpaksa ‘merempat’ sebab tak dapat harta untuk sara hidup/ membesarkan anak-anak.
  • Waris - waris akan melakukan dosa memakan harta secara batil, waris memakan harta anak-anak kita yang yatim, memakan hak si mati yang masih belum dibersihkan seperti harta kita difaraidkan sebelum hutang kita dilangsaikan.
  • Berlaku pertelingkahan harta  sebab waris-waris saling zalim - menzalimi sesama mereka, pemegang amanah tak mengagihkan harta pusaka dengan betul, isteri / ibubapa terpaksa tinggalkan rumah sebab rumah itu adalah milik ahli waris (termasuk adik-beradik serta ibubapa kita).
  • Kita tersiksa di alam  barzakh sebab hutang kita tak diselesaikan oleh ahli waris, keluarga berpecah-belah, dan 1001 lagi konflik yang berlaku BERPUNCA DARI KITA yang tak merancang semasa hidup!

Jadi, sebagai ibu bapa apa kah akan terjadi kepada harta yang tidak seberapa itu jika:-
A. Tidak membuat apa apa perancangan pusaka
B. Membuat wasiat biasa  di Syarikat trustee 
C. Membuat wasiat dengan peguam (lawyer) peribadi
D. Membuat wasiat harta secara islamik


A.  Tidak Membuat Apa Apa Perancangan Pusaka

Masalah utama adalah SIAPA YANG AKAN DI LANTIK SEBAGAI PENTADBIR HARTA? SIAPA AKAN KELUARKAN KOS TUNTUTAN PUSAKA NANTI? BERAPA LAMA AMBIL MASA UNTUK HARTA DAPAT DIGUNAKAN?

Kos menuntut harta di pusaka kecil (harta bawah 2 juta) mungkin tidak mahal sangat berbanding kos menuntut jumlah harta yang nilainya melebihi RM2 juta kerana perlu melantik peguam dan menuntutnya di Mahkamah Tinggi. Namun, masa yang diambil untuk menguruskanya memakan masa bertahun malah berbelas/berpuluh tahun pun ada. Harta tidak dapat di ambil atau di tukar nama selagi tidak mendapat Surat Pentadbir/ Surat Probate. Surat ini hanya akan dapat selepas melalui proses tuntutan yang bergantung pada kesepakatan waris dan struktur faraidh.

Klik sini untuk baca detail cabaran dalam tuntutan pusaka. Kegagalan menuntut harta pusaka menyebabkan terbeku dan menjadi statistik harta terbeku di Malaysia yang sekarang sudah mencecah RM70 Bilion. Bilion tau dan 90% adalah harta orang islam.

Akaun bank yang berpenama ( KWSP/T.HAJI/TAKAFUL dll) dan dinamakan dengan nama anak di bawah umur akan diserah kepada ARB. Jika penama adalah pasangan ibubapa tersebut maka akan dikira tidak berpenama, maka akan terbeku juga. Duit yang tidak berpenama boleh dituntut oleh pentadbir yang dilantik di kalangan waris selepas mendapat surat mentadbir, tetapi adakah pentadbir  ini betul betul amanah? Rumah/tanah? Secara fizikal masih boleh digunakan tetapi siapa yang akan guna? Anak masih kecil? Waris dewasa yang mentadbir harta ibubapa itu boleh memohon perintah penjualan. Adakah betul selepas dijual rumah tersebut anak anak mendapat hak mereka? Siapa yang boleh pastikan?

Akhirnya, anak anak dibesarkan tanpa boleh menggunakan harta ibubapanya sehingga umur mencapai 18 tahun. Siapa yang besarkan dan macam mana cara mereka dibesarkan? Dari mana duit untuk besarkan mereka? Siapa yang sanggup keluarkan modal untuk menuntut harta si mati bagi kegunaan anak yatim piatu tersebut? 
Harta Alih tidak berdaftar yang lain seperti emas, kereta, koleksi pinggang mangkuk, sofa mahal, dll mungkin akan lesap macam tu sahaja tanpa ada orang yang boleh menghalang dari dirampas.

Ini yang banyak berlaku kepada kaum melayu sekarang kerana sikap tamak dan tidak pedulikan  hukum.  Tetapi siapa yang salah? Ibubapa itu tetap berdosa kerana tidak memudahkan warisnya  sebelum meninggal. Tak tahu pula nak mati awal kan??? Sebab itu lah kenapa perlu merancang awal.  Mati itu rahsia Allah. Ramai ibubapa cakap “tak pa lah kalau itu takdirnya”. Betul, tetapi kenapa bila  cari duit/aset bersungguh sungguh pula cakap untuk keluarga tersayang, bila bab untuk memastikan  aset itu macam mana di pusaka kan dengan tepat kepada keluarga tak kesah pula? Pelik juga  kan?.

Ambillah tauladan dari kesah masyarakat seperti contoh kisah nasib anak anak yang kematian  ibubapanya sekaligus di lebuh raya duke baru baru ini yang viral di media sosial di mana adik  beradik sendiri yang dari awalnya berjanji menjaga anak itu tetapi akhirnya lain pula ceritanya  selepas NAMPAK duit yang banyak. Jangan kesiankan kisah orang lain sahaja, kesiankan lah juga  anak sendiri yang juga tidak mustahil mengalami nasib yang sama. Ibubapa kaya anak merana  selepas ketiadaan mereka.


B.  Membuat Wasiat Biasa Di Syarikat Trustee


Alhamdulillah ibubapa ini ada sedikit kesedaran merancang harta. Sekurang kurangnya potensi harta tidak dituntut/terbeku kurang kerana telah melantik syarikat trustee untuk uruskanya. Tetapi, konsep syarikat trustee/amanah sedia ada kebanyakanya menggunakan akta sivil dan mengenakan “back loading charges” di mana fi akan di ambil dari nilai harta yang ditinggalkan. Kebanyakkan syarikat trustee menawarkan wasiat murah yang tidak begitu menepati syarat syarat mengikut hukum islam, namun ada syarikat yang menawarkannya tetapi mungkin anda pula tidak faham atau kedekut untuk keluarkan sedikit kos jaminan supaya harta dirancang dengan betul. 

Sebenarnya biasa, malah ramai yang terjebak kerana terpengaruh dengan cerita 3 Abdul yang mewasiatkan harta kepada waris. Wasiat orang islam tidak boleh disamakan dengan wasiat orang bukan islam ini kerana kita masih tertakluk kepada waris Faraidh. WASIAT BIASA DI PASARAN banyak kepada bukan cara islam kerana untuk orang islam hanya 1/3 dari jumlah aset sahaja itupun untuk tujuan wakaf/kebajikan dan pemberian kepada bukan waris faraidh. 

Jika tetap di wasiatkan juga kepada waris faraidh, maka wasiat akan terbatal jika salah seorang daripada waris faraidh membantah jadi akhirnya dibahagi secara Faraidh juga. Jika anak dibawah umur yang masih kecil, macam mana mereka faham dan nak uruskan? Maka syarikat trustee itu yang akan uruskan semua dan segala kos untuk proses akan ditolak dari jumlah aset cair si mati terlebih dahulu, jika tidak cukup, maka, mereka ada hak untuk menjual aset lain seperti rumah/tanah ini kerana kos menguruskan tuntutan harta yang berwasiat hanya dibuat di Mahkamah Tinggi yang menelan belanja yang agak “tinggi”.
Bukan membuat wasiat itu salah tetapi wasiat yang dipilih itu tidak menjamin kemaslahatan anak kecil yang kita lindungi kerana tidak memahaminya dengan betul. Dalam kes ini mungkin hak anak anak selamat di simpan di ARB tetapi macam mana untuk kanak kanak itu menggunakan semasa mereka kecil ini? Urusan di ARB bukan sesenang ABC, anda boleh layari website www.arb.com.my untuk baca lebih lanjut atau boleh menelifon bertanyakan dengan terperinci.

Permasalahan utama orang kita ialah nak yang murah bukan nak yang terbaik dan menjamin. Bacalah dokumen dengan teliti dan buatlah banyak perbandingan berdasarkan menjaga hak waris bukan untuk menyenangkan anda sekarang.


C.  Membuat Wasiat Dengan Peguam (Lawyer) Peribadi


Wasiat dengan peguam ni bunyi macam ada prestij/class kan, macam sinonim dengan orang orang kaya. Tetapi, kenapa banyak kes kes berprofil tinggi yang konon ada peguam peribadi yang uruskan masih lagi tidak selesai? 

Perlu di ingatkan, peguam bukan bermaksud semua perkara tahu. Peguam juga ada kepakaran tertentu. Hanya peguam probate yang layak uruskan segala urusan harta. Biasanya peguam bersifat peribadi. Segala dokumen hanya di pegang oleh peguam/ syarikat peguam tersebut sahaja. Bagaimana jika peguam tersebut meninggal atau syarikatnya bankrupt? 

Selalunya peguam hanya akan uruskan mengikut akta sivil yang lebih sesuai kepada cara bukan islam.

Soalannya, apakah jaminan dengan kos yang tinggi tersebut cukup untuk memastikan hak anak anak anda terjamin? Adakah yakin waris waris lain tidak boleh masuk campur? Betul ke tak akan berlaku pertelagahan dengan hanya gunakan peguam untuk uruskan harta? Peguam tidak ada hak untuk menguruskan, mereka tetap perlu berurusan dengan badan-badan kerajaan yang berkenaan. 

Jawapannya jika anda bukan islam mungkin tidak akan ada begitu banyak masalah kerana harta orang islam masih lagi tertakluk kepada hukum-hukum faraidh dan halal haram. 


D. Membuat Perancangan Harta Secara Islamik


Dalam Islam jawab mentadbir dan mengurus bumi ini berlandaskan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Keperluan kepada solusi permasalahan berkaitan harta pusaka dalam masyarakat Islam di Malaysia yang berasaskan kepada prinsip-prinsip asas Undang-Undang Pusaka Islam adalah amat penting. Hal ini supaya keharmonian silaturahim dalam konteks jalinan hubungan sesama manusia dapat dipelihara dan dikekalkan selaras dengan piawaian yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan kepada al-Quran al-Karim, al-Sunnah, ijmak sahabat dan ijtihad bagi masalah-masalah tertentu. Di dalam al-Quran, ayat-ayat yang menjelaskan hak-hak ahli waris yang dapat dilihat dalam pelbagai surah yang disebut ayat al-mawarith.
Waris secara umum ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).” (Surah al-Nisa’ 4: 7). Banyak dan panjang penjelasan mengenai waris Faraidh yang mana Allah telah tetapkan dengan jelas. Baca selanjutnya disini.
Jadi, setelah kita faham dahulu siapa yang layak menuntut harta kita kelak baru lah kita boleh merancang. 

Di dalam islam kita ada 3 INSTRUMEN pembahagian harta iaitu:- 

WASIAT 1/3

Hanya sesuai untuk waris bukan faraidh atau untuk infak/wakaf tetapi tidak melebihi jumlah 1/3 dari harta. Jika melebihi waris berhak menentang.

WAKAF

Wakaf ialah apa apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli perwarisan hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

HIBAH dan AMANAH

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.Hibah mengeluarkan dari pembahagian secara Faraidh. Waris lain tidak ada hak untuk menuntutnya.
Macam mana tu yang kata menjamin hak anak – anak nanti?

Instrumen yang paling sesuai untuk anak anak dibawah umur adalah hibah Amanah iaitu hibah yang di ikatkan dengan surat ikatan amanah.

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Didalam perwarisan islam, Amanah dikaitkan dengan surat ikatan untuk menyuruh seseorang yang kita percayai menjalankan niat pemilik harta untuk orang orang yang ingin dilindungi atau untuk melindungi kelangsungan perniagaan.

Hibah ini sesuai untuk semua jenis harta seperti yang dibenarkan/mengikut rukun rukun hibah yang sah. Namun, untuk ibubapa Rumah dan Syarikat perniagaan adalah penting untuk memilih Hibah Amanah jika mempunyai anak anak dibawah umur. Pemegang Amanah boleh dipilih dikalangan sesiapa sahaja yang anda percayai untuk melaksanakan hasrat anda dalam menguruskan dan mengagihkan hartanah/perniagaan anda dengan berterusan walaupun anda sudah lama meninggal dunia. 

Contoh:- anda mempunyai 1 biji rumah, anda boleh hibahkan kepada anak anak dengan hibah amanah di mana pemegang amanah yang anda lantik sendiri akan menguruskan mengikut kehendak anda contohnya:- sewakan rumah tersebut/ pastikan siapa yang layak menduduki rumah tersebut, jika disewakan atau dijual pendapatan dari sewaan/jualan tersebut macam mana hendak diagihkan kepada anak anak/penjaga, 

Contoh:- Anda mempunyai syarikat perniagaan sdn bhd yang berkembang maju dan mempunyai beberapa rakan kongsi, anda menghibahkan syer anda kepada anak anak tetapi memberi kuasa kepada rakan kongsi untuk menguruskanya dengan mengikat Amanah untuk pengagihan pendapatan kepada anak anak/penjaga mereka. Pemegang Amanah boleh dilantik dari sesiapa sahaja dan beberapa orang yang anda percaya yang terikat dengan akta sivil di mana jika didapati pecah amanah boleh dipenjarakan.

Di wasiyyah Shoppe berhad, kita lebih mengalakkan perancangan yang harmoni. Wasiyyah shoppe menyedari keperluan umat islam yang mahukan harta pusaka menjadi asbab kepada pengukuhan kasih sayang sesama waris. AL-MUTAHABBAH (AMANAH KELUARGA) , yang bermaksud saling berkasih sayang diperkenalkan khas untuk membantu umat Islam merancang harta pusaka mereka dengan kaedah paling efisen supaya manfaat harta dinikmati secara berterusan oleh generasi yang akan datang.

Mutahabbah adalah gabungan hibah dan ikatan amanah untuk semua harta - harta cair ( asb, simpanan, barang kemas dll) Hartanah (rumah, kedai&tanah) dan juga saham syarikat. Harta Suami isteri boleh digabungkan untuk kepentingan semua ahli keluarga dengan melantik sendiri pemegang amanah dan macam mana hasil pendapatan/ harta dibahagikan dengan adil.

Sistem perwarisan secara islamik sangat berkesan dan menitikberatkan keharmonian supaya tiada persengketaan di antara waris. Ibu Bapa Anak Anak dan adik beradik boleh disatukan untuk mendapat manfaat tertentu.

Selain itu, sebagai orang islam, kelangsungan infak sangat digalakkan. Belum tentu amalan didunia sudah mencukupi untuk ke akhirat jadi, dengan perancangan islamik anda boleh mengarahkan pemegang Amanah/keluarga mendermakan pendapatan bulanan dari harta sendiri ke badan badan kebajikan yang anda inginkan secara berkala dan berterusan. Best kan? Dah lama meninggal tetapi harta kita tetap memberi pahala berterusan. 

Perkongsian ini mungkin panjang tetapi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, jom buat temujanji dan saya boleh terangkan lagi detail sehingga anda faham dan yakin. Saya yakin dengan product islamik di Wasiyyah Shoppe Berhad (www.wasiyyahshoppe.com.my) banyak membantu anda merancang harta dengan lebih bijak dan efektif.

Hubungi saya di 013-480-4906 untuk keterangan lanjut. 

Share:

Tuesday, November 8, 2016

BELUM SAMPAI MASA UNTUK ORANG MUDA RANCANG HARTA PUSAKA? ARTIKEL INI AKAN UBAH FIKIRAN ANDA..

ADAKAH ANDA TAHU RM60 BILION HARTA PUSAKA MASIH TIDAK DI TUNTUT HARI INI. BILLION TAU.BUKAN SIKIT JUMLAH NI. BOLEH BACA ARTIKEL PENUH DI SINI ( http://www.hmetro.com.my/node/111497)

Alasan banyak yang didengar zaman sekarang ni
saya muda lagi , harta pun tak banyak, hutang ada la”

Statistik Trafik pada 2006 hingga December 2015 menunjukkan seramai 34,766 belia berumur di antara 18 – 24 tahun maut di jalan raya. Ini menunjukkan umur muda pun ramai juga yang sudah menemui ajal. Ini hanya statistik kemalangan maut di jalan raya, belum lagi melibatkan kes kes lain. Data ini buktikan yang umur muda juga tak terkecuali untuk menemui ajal. Perkara ni jelas berada dalam luar kawalan kita.
Namun, amat sedih bila saya baca data survei yang dibuat (responden berumur antara 24 hingga 30 tahun) yang sudah mempunyai hartanah lebih dari 1 unit, menunjukkan 70% tidak memikirkan langsung untuk merancang pusaka mereka kerana rasa terlalu muda dan tunggu sehingga umur tua (>40 tahun). Manakala, 20% menyatakan belum ada harta walaupun sudah memiliki rumah. 10% lagi banyak yang rata-rata memberi alasan yang remeh seperti tidak tahu, kos tinggi kerana menyangka hanya peguam yang uruskan, tidak kesah, dan tidak penting.
Dalam artikel ini saya akan terangkan apa terjadi kepada aset terutama rumah apabila seseorang itu meninggal dunia/mati. Namun penerangan ini lebih kepada harta orang islam kerana lebih rumit berbanding bukan islam yang tidak terikat dengan isu dosa halal haram.
Image result for orang tua terabai berebut hartaKenapa proses tuntutan akan memakan proses yang lama dan menelan kos yang tinggi?. Saya juga akan kupas bagaimana aset akan terbeku serta cara peyelesaian terbaik untuk rumah/ bagunan komersil supaya tidak terbeku dan menjadi rebutan.

APAKAH AKAN TERJADI KEPADA HARTA SELEPAS SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA/MATI?
Image result for proses flow pengurusan pusakaSecara ringkas, semua harta terbeku sehingga waris mendapat surat mentadbir/surat probate setelah melalui  tuntutan pusaka. Proses tuntutan mestilah merangkumi semua harta si mati bukan sesuka hati tuntut satu persatu.
Harta terdiri daripada harta :-
  1. ALIH - Harta alih seperti duit, kereta, barang kemas, barang koleksi berharga, unit trust, kwsp, shares, stock, takaful/insurans dll yang boleh di alih
  2. TAK ALIH - Harta tak Alih pula adalah rumah, kondominium, rumah kedai dan tanah yang tidak boleh di alih.
Semua rakyat Malaysia, tak kira sama ada Islam atau bukan Islam, muda atau tua, kaya atau miskin, semua akan berdepan dengan proses tuntutan pusaka terlebih dulu, sebelum harta tu diagih atau diturun hak milik.
Harta di bawah RM2 juta perlu kita failkan di Pejabat Pusaka Kecil. Manakala bagi harta yang melebihi RM2 juta pula, kita perlu failkan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Harta dalam bentuk duit yang tiada penama di bawah RM600,000 pula boleh dituntut di Amanah Raya Berhad selepas mendapat surat mentadbir/probate.
Hartanah dalam bentuk rumah atau bangunan komersil yang berada dalam radius kawasan yang bagus, ada potensi tinggi untuk menjangkau nilai melebihi RM2 juta. Jadi, mungkin kita tidak sedar bahawa aset kita sudah menjangkau 2 juta dalam diam.
Kos tuntutan di Mahkamah Tinggi amat “ tinggi” untuk waris kerana mereka perlu melantik peguam probate sendiri, dan dapatkan 2 bon penjamin yang mempunyai harta sama nilai dengan si mati atau lebih.
Sehingga tahun lepas, statistik merekod kos peguam meningkat naik hampir 400%.
Proses tuntutan harta boleh memakan masa bertahun lamanya malah ada yang puluhan tahun. Cabaran utama proses tuntutan adalah:-
  1. Perselisihan pendapat antara waris, tiada muafakat.
  2. Tidak tahu macam mana untuk menuntut pusaka ( berkaitan undang undang).
  3. Waris tidak faham struktur Faraidh keluarga.
  4. Kos yang tinggi oleh pewaris terutama melibatkan jumlah harta lebih dari 2 juta.
Bagi orang islam sistem Faraidh/ pemuafakatan/hibah digunakan, manakala bukan islam tertakluk kepada Akta Pembahagian 1958. Jadi, untuk orang islam lebih remeh kerana melibatkan soal hukum halal haram memakan hak orang lain. Waris perlu mendapatkan sijil Faraidh di Mahkamah Syariah dan memilih sama ada untuk membuat pembahagian mengikut Faraidh atau permuafakatan selepas di tolak hutang hutang si mati di dunia atau pun hutang dengan Allah seperti zakat, fidyah dll (sepatutnya). Namun ramai yang hanya fikir berapa bahagian mereka sahaja tanpa persoalkan hutang hutang si mati terlebih dahulu.
Jika ada buat wasiat biasa, didapati ada waris yang tidak bersetuju dengan wasiat si mati maka secara automatik pembahagian adalah Faraidh.  Mengikut statistik yang diperoleh melalui Jabatan Kehakiman Syaariah Malaysia (JKSM) terkini menunjukkan hampir 70 Billion harta terbeku dan kebanyakkan puncanya adalah waris tidak mampu untuk menuntut harta pusaka tersebut serta tidak tahu bagaimana untuk menuntut disebabkan waris masih dibawah umur atau terlalu tua yang menyebabkan banyak pertelingkahan.

Adakah anda juga ingin harta anda menjadi salah satu statistik ini?

Apa terjadi kepada duit di dalam akaun simpanan, unit trust, fix deposit dll?
Duit berpenama seperti KWSP/Tabung Haji/ Unit Amanah/Takaful/Join akaun dan Koperasi tidak akan terbeku. Penama boleh mengeluarkan duit tersebut. Manakala duit tidak berpenama seperti  Simpanan/Unit Amanah/CDS akaun/ASB/ dan mana mana simpanan yang tidak boleh diletak penama akan terbeku. Jika jumlahnya kurang dari RM600 ribu maka duit tersebut di tuntut di ARB manakala jika melebihi RM600 ribu akan melibatkan Mahkamah Tinggi.

APAKAH AKAN BERLAKU KEPADA HARTANAH ITU SELEPAS PEMILIKNYA MENINGGAL???
Hartanah akan terbeku selagi belum ditukarmilik kepada orang yang masih hidup sama ada waris atau pentadbir (pemegang amanah). Sedangkan, Hartanah tidak boleh ditukar hak milik selagi
  1. Masih mempunyai hutang
  2. pemilikan strata belum selesai/ geran masih berkelompok
  3. Mempunyai waris dibawah umur 18 tahun.
Bagaimana Rumah nak di agihkan ? Proses pembahagian akan tergantung sehingga selesai semua isu yang menghalang di mana nama pentadbir akan dimasukkan ke dalam geran sebagai Pemegang Amanah untuk sementara. Pemegang Amanah boleh mentadbir rumah tersebut sama ada untuk disewakan atau diduduki. Jika berhasrat untuk menjualnya, pendtadbir/pemegang amanah boleh membuat tuntutan penjualan di Pejabat tanah/ Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sebab yang kukuh. Jika di luluskan baru lah surat kebenaran penjualan di keluarkan.
Namun, pada hari ini, ramai yang menggunakan rumah sebagai pelaburan dimana cara pemilikan rumah tersebut ada bermacam macam cara malah ada yang merumitkan. Jadi proses pemilikan atau penjualan perlu bergantung kepada persetujuan semua pihak berkepentingan terlebih dahulu. Kes ini boleh mengakibatkan rumah di lelong, ditinggalkan kosong, pertelingkahan dan maslahah waris lain dinafikan/terabai. Kebanyakan yang banyak berlaku, hartanah itu dijual dengan harga yang sangat rendah disebabkan desakan waris waris yang inginkan bahagian pecahan mereka. Lebih teruk, ada juga kes anak isteri atau ibu bapa dihalau keluar dari rumah tersebut.

ADAKAH KELUARGA AKAN BERGADUH SESAMA SENDIRI?
Di zaman serba materialistik, rumah adalah salah satu bentuk pelaburan yang sangat berbaloi jika kena dengan cara dan tempat. Namun, perlu di ingat, rumah adalah asset yang sentiasa meningkat dan menjadi rebutan terutama untuk kes harta pusaka. Jarang kita dengar berebut duit kerana duit senang dibahagi dan nilainya mungkin tidak terlalu besar berbanding rumah. Untuk membeli rumah bukan sesenang itu malah terpaksa melupakan kemewahan lain buat seketika. Sekecil mana pun rumah itu tetap harta yang semakin bernilai di kemudian hari atau tempat berteduh. Jadi, tidak menjadi pelik jika waris yang dahulunya rukun aman damai menjadi musuh dan bersengketa malah boleh saling berbunuh.

Siapa lagi yang layak dan boleh menuntut rumah si mati ?
Waris Faraidh, Bank, Syarikat Trustee, Pemiutang

Siapa lagi yang boleh menuntut duit /harta alih daripada waris si mati?
Waris Faraidh, Bank, Syarikat Trustee, Pemiutang

Macam mana untuk melindungi rumah untuk keluarga tersayang supaya tidak sia-sia?
Perkara pertama yang perlu difikir adalah mampu kah waris menyediakan kos untuk menuntut pusaka anda?
Sampai hati kah untuk membiarkan kedua orang tua anda (jika tidak berkahwin lagi) terpaksa melalui kesulitan prosedur perundangan untuk menuntut harta anda?
Betul kah pasangan atau anak anak tahu macam mana hendak menuntutnya dan berapa lama kah akan memakan masa sebelum mereka dapat menggunakan aset tersebut?
Bagaimana nasib anak anak dibawah umur pula? Ibu bapa tua anda yang memang bergantung punca pendapatan dari anda?
Jika anda ada soalan ini di dalam kepala, maka sebagai muslim wasiat murah bukan lah pennyelesaian terbaik. Antara produk yang ada di pasaran untuk aset adalah:-
  1. Wasiat 1/3 ( untuk bersedekah dan diberi kepada bukan waris Faraidh.
  2. Hibah (pemberian/ hadiah semasa hidup dan berkuatkuasa selepas meninggal)
  3. Harta Sepencarian
  4. Wakaf
Untuk Hartanah, instrumen hibah paling sesuai dan cara yang paling digalakkan dalam islam terutama golongan kritikal tersebut.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad ada menyediakan hibah “Ruqba” iaitu Hibah (pemberian) berpatah balik. Jika penerima Hibah meninggal dahulu maka Hartanah itu akan berpatah balik kepada pemberi dan tidak menjadi pusaka penerima. Selain itu, Wasiyyah Shoppe Berhad Juga mendapat pengiktirafan Hibah dari Mahkamah Syariah malah rumah yang masih di dalam cagaran ( dengan syarat mempunyai MRTA/MRTT) boleh dihibahkan berbanding dengan syarikat trustee yang lain mensyaratkan hartanah tersebut perlu bebas hutang dahulu. Jadi, untuk pelabur Hartanah, Hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad paling sesuai malah boleh dikumpulkan beberapa geran sekaligus.
Jika ada terfikir untuk mendapat pahala berpanjangan daripada harta yang dicari pada hari ini, rancanglah awal harta anda. Perancangan awal harta bukan hanya untuk mengagihkan kepada yang disayangi malah menjamin hutang dibayar dan boleh membuat perjanjian amanah supaya harta di sedekahkan sebahagiannya supaya pahala berpanjangan. Saudara mara juga hidup berkasih sayang dan hasrat titik peluh hari ini tercapai.
Secara kesimpulan, adakah betul Gen Y tak perlu lagi merancang harta pusakanya???? 100% salah. Orang yang perlu merancang hartanya adalah orang yang:-
  1. Masih sihat. Kerana di dalam islam hanya orang yang berada dalam keadaan waras sahaja boleh membuat hibah.
  2. Orang yang kesah dan sedih hasil titik peluhnya yang dikumpul dengan susah pergi kepada orang yang tidak sepatutnya. Ini kerana, waris Faraidh nya mungkin terlampau ramai dan tiada kena mengena selama ini.
  3. Orang yang teringin anak anak kecil mereka atau orang tuanya mendapat hak mereka dan terbela.
  4. Takut harta yang sedikit tidak dapat menyelesaikan hutangnya bila meninggal dunia esok, ini termasuk hutang dengan Allah (zakat, fidyah,haji dll).
  5. Orang yang tidak ingin namanya disebut sebut walaupun sudah lama meninggal kerana kejam meninggalkan waris dengan harta yang menyusahkan dan memporak perandakan silaturahim.
  6. Orang yang rasa pahalanya masih sedikit untuk masuk syurga Allah. Ini kerana jika dirancang dengan bijak, harta sedikit yang ada sekarang boleh dijadikan infak berterusan walau telah meninggal dunia.
  7. Orang yang tak nak menjadikan hartanya puaka untuk waris kesayangan (menyebabkan waris bergelumang dosa).
Jika anda ada salah satu sebab dari senarai di atas, jom rancang sekarang. Jika nak beli rumah atau nak kahwin kita boleh merancang awal awal dan berhati hati jadi kenapa tak sanggup merancang harta yang bukan senang anda kumpulkan itu? Boleh hubungi saya Ros Shila di 013 480 4906 untuk membuat temujanji dan faham lebih lanjut lagi. Mencari ilmu itu juga harta dan merancang itu adalah harta pasif.

Image result for langit dan bumi tidak terima roh orang berhutang

Share:

Laman Facebook

Recent Posts

Recent Posts Widget

Total Pageviews

Categories

Text Widget

Unordered List

Almari Buku Hartanah

Wasiyyah Shoppe

Hubungi Kami

Ros Shila
+6013-4804 906
| Professional Mawarith at Wasiyyah Shoppe Berhad |
| Financial Advisor | Property Advisor | Hamba Allah |
| Motivator |

Copyright © Bijak Urus & Rancang Kewangan Secara Islamik | Powered by Blogger Design by PWT | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com