Definition List

Sunday, October 23, 2016

KES PECAH AMANAH SALAH SIAPA??

Ramai orang marah bila membaca kes pecah Amanah duit sumbangan 2 kanak kanak yatim piatu yang kehilangan ibubapa mereka serentak dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya duke. Tetapi tahukah anda perkara yang sama boleh berlaku kepada anak anak bawah umur anda. Kenapa? Saya tak cakap keluarga anda kaki bolot harta tetapi DUIT DAN HARTA boleh gelapkan mata dan lupakan silaturahim.

Sebagai ibubapa yang ada anak kecil ambil lah iktibar untuk merancang awal harta anda. Bukannya menyuruh kerajaan tubuhkan macam macam akta untuk tangkap atau ambil tindakkan kepada orang memakan harta anak yatim ini. Sedangkan anda ibubapa adalah pendusta terbesar yang merompak harta sendiri daripada anak anak bawah umur anda. Anda niatkan buat bisness atau bekerja siang malam sehinggakan tiada masa untuk keluarga adalah supaya dapat cari duit banyak banyak untuk mereka hidup senang kelak dan anda dapat memberi pelajaran terbaik serta tempat tinggal terbaik.

Tetapi apa jaminan harta yang anda cari betul betul dapat kepada mereka jika Allah sudah memanggil ajal anda hari ini? 
Adakah anda yakin anda hidup sehingga semua anak dah besar? 
Apa jaminannya?

Sebaik baik ibubapa adalah sentiasa merancang jika mereka tiada esok macam mana anak mereka nanti. Bukan nya sekadar *harta belum banyak lagi* nak buat apa rancang pusaka kan? Atau * pandai pandai lah diorang guna harta nanti*. Ini ayat biasa yang saya dengar daripada ibubapa.

Kenapa anda beli takaful atau medical card? 
Adakah anda sudah sakit?

Harta kita memang tak nampak banyak tetapi sekurang kurangnya duit ASB, simpanan bank, unit trust dan mana mana yang tiada penama tidak terbeku termasuk rumah kecil yang anda duduk sekarang. Jika yang ada harta tak Alih ( rumah, kedai, Perniagaan Sdn bhd, tanah) lagi lah perlu kerana anak2 dibawah umur tidak boleh menuntut dan diletakkan nama mereka. Sayangi lah harta sedikit yang anda cakap itu untuk orang orang tersayang yang anda tujukan.

Takaful ada membuat hibah untuk sum insured tetapi boleh diletak nama orang yg di atas 18 tahun sahaja jika di letak juga duit itu akan pergi kepada trusteee company ( agen takaful please correct me yeah). Jika kita letak nama orang dewasa ( suami/isteri/ ibu/bapa/sesiapa) untuk memegang amanah duit itu kpd anak anak anda apa jaminan yang dia akan Pegang Amanah itu? Sum insured takaful bkn sikit tau... kes Muhammad Faizznur Asyraf Husain adik Arwah pasangan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari hanya 300k pun dah gelap mata inikan pula jika 500k atau 1 juta?

Kami di wasiyyah shoppe Berhad ada penyelesaian yang lebih komprehensive untuk mengikat pemegang amanah ini supaya jika si pemegang amanah ini melanggar amanah maka boleh diambil tindakan dari segi undang undang dan boleh dipenjarakan. Sebagai ibubapa anda perlu ingat di zaman serba susah dan stress ini banyak perkara yang kita tidak jangkakan mungkin berlaku. Apa salahnya kita letak sedikit syak supaya orang kesayangan yang kita nak lindungi terjaga. Nak tunggu harta banyak tak tahu pula banyak tu macam mana dan memang belum tentu sempat tetapi lindungi dahulu harta yang mungkin tak boleh diguna sekarang/ tiada penama tetapi berfaedah untuk waris anda nanti seperti ASB LOAN, TAKAFUL, KWSP, SIMPANAN, UNIT TRUST, EMAS, KERETA yang boleh dikatakan semua orang ada.

Jangan biarkan semuanya terbeku hanya disebabkan anda KEDEKUT untuk merancang nya awal awal. Mati itu rahsia Allah tak kira sakit dahulu atau pun tak. Jangan disebabkan ilmu cetek/ sifat ketidakpeduli anda menyebabkan anak anak anda kelak hidup merana sedangkan ibubapanya banyak harta tetapi terbeku. Anda boleh komen/kutuk macam macam untuk kes 2 anak yatim ini tetapi anda lupa kutukan itu pun boleh terkena diri anda.
Jangan salahkan orang lain/ kerajaan sedangkan anda sebagai kerajaan kepada keluarga anda pun tidak membuat tanggungjawab itu dahulu. Tepuk dada tanya lah akal. Jangan hanya kesihankan kes orang lain kesiankan juga anak anak dibawah umur anda. Kes ibubapa mati serentak di zaman ini bukan kes luarbiasa malah sudah banyak dipaparkan. Ambil lah langkah yang bijak daripada bercakap sahaja.

KENAPA PERLU SURAT IKATAN AMANAH (SIA)
SIA bertujuan untuk meletakkan arahan tertentu kepada harta yang telah dihibahkan. Harta yang pembahagian secara FARAIDH tidak boleh SIA.

Anda boleh melantik 2 orang Pemegang Amanah sama ada keluarga atau sesiapa sahaja yang boleh dipercayai untuk melaksanakan Arahan Amanah Anda.

Tujuan Utama supaya Harta anda tidak sewenang wenangnya dirompak oleh PEMEGANG AMANAH dan digunakan dengan sebaiknya seperti keinginan/ niat yang anda ingin untuk orang tersayang.

****************************************************
Diantaranya ialah:

  1. Hartanah
  2. GSA (Felda)
  3. Tabung Haji
  4. Saham Koperasi
  5. Saham Amanah/ unit trust
  6. Saham Syarikat
  7. Takaful
  8. Barang Kemas
****************************************************
KEKUATAN SIA

  • Tertakluk di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.
  • Boleh didakwa di Mahkamah Tinggi Sivil.
  • Kes perlu dilaporkan ke Balai Polis di bawah Akta Pemegang Amanah.
****************************************************
Contoh Arahan Untuk SIA

  1. Melantik 2 orang Pemegang Amanah sama ada keluarga atau sesiapa sahaja yang boleh dipercayai.
  2. Bagaimana untuk agihkan ( hasil ladang/ sewa rumah/ pendapatan daripada syarikat) secara berkala atau mengikut keperluan.
  3. Arahan untuk akhirat seperti untuk langsaikan hutang / sedekah jariah/ upah haji. Arahan ini boleh juga secara berkala contoh sewaan rumah 5% setiap bulan mesti disedekahkan kepada pusat tahfiz/anak yatim dll. Ini yang paling penting supaya harta kita cari boleh *bawa ke dalam kubur*.
  4. Arahan pengagihan kepada anak anak di bawah umur/ anak angkat/ orang yang ingin dilindungi. Macam mana duit digunakan untuk mereka. SIA amat lah penting untuk menjaga maslahah kebajikan berterusan mereka.
  5. Arahan hartanah seperti ibubapa boleh duduki rumah tersebut walaupun penerima hibah adalah anak, Arahan hasil sewaan atau menjual hartanah tersebut.
  6. Boleh dijadikan peruntukkan untuk pengurusan pusaka dan pengesahan hibah.
  7. Arahan Tabung Pendidikan atau Tabung Amanah (tabung kecemasan untuk digunakan ahli keluarga).
  8. Arahan perlantikan pemegang saham untuk syarikat untuk mengurus dan meneruskan operasi syarikat ( walaupun bukan ahli keluarga) . Hasil2 dividen tetap dapat diagihkan kepada waris walaupun yang menguruskan bukan keluarga. Boleh juga memberi arahan menyimpan hasil pendapatan syarikat dan perbelanjaan dengan baik dengan menyerahkan hasil pada masa yang sesuai sahaja untuk menjamin operasi kos berterusan.


****************************************************
Dengan kos serendah RM1100 atau RM1600 (TERPERINCI) seumur hidup terlalu rendah dibandingkan manfaatnya dan anda boleh PROTECT harta anda dari dirompak daripada anak anak DI BAWAH UMUR atau ORANG TUA TAK TERDAYA kesayangan anda.


PERLU KE ANDA TUNGGU HARTA ANDA BANYAK DAHULU??????
Lindungi lah ORANG TAK TERDAYA kesayangan anda dengan SIA.
SILA HUBUNGI
ROS SHILA 013 480 4906
ROS SHILA 013 480 4906
ROS SHILA 013 480 4906
Insya Allah dengan Wassiyah Shoppe Berhad di bawah UBB Trustee ( Syarikat pertama hanya untuk orang islam) Amanah Anda selamat dilindungi.
****************************************************
Share:

Friday, October 14, 2016

3 CABARAN UTAMA PEWARISAN HARTA PUSAKA MUSLIM DI NEGARA INI


Semua orang akan mati. Persoalannya ialah bila? Apabila berlaku kematian pula, apakah yang terpaksa dilalui oleh waris bagi menuntut harta pusaka yang ditinggalkan? Anda mungkin berfikir anda telah menabung, melabur dan meninggalkan sebuah rumah untuk pasangan anak-anak sebagai bekalan mereka.

Tetapi tahukah anda apa yang perlu mereka lalui sebelum mereka menerima harta pusaka ini? Secara Umumnya terdapat 3 cabaran utama pewarisan harta pusaka Muslim di negara ini iaitu :

1. Perbalahan keluarga yang berpanjangan

Apabila berlaku kematian, beberapa perkara asas perlu diselesaikan sebelum proses harta pusaka boleh dijalankan. Perkara pertama ialah dari segi permuafakatan waris untuk melantik pentadbir harta pusaka dikalangan mereka. Oleh kerana pentadbir harta mempunyai kuasa yang besar, ramai waris berebut untuk menjadi pentadbir sehingga kadang-kadang permuafakatan sukar dicapai.

Hukum Faraid memang telah menetapkan bahagian untuk setiap waris. Namun Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang akan mewarisi rumah, dan siapa pula yang mendapat akaun pelaburan. Dalam erti kata lain, Hukum Faraid tidak menetapkan siapa yang mewarisi apa jenis harta. Oleh itu, kekeliruan sering timbul dari segi peruntukan harta. Kedua-dua keadaan ini berpotensi untuk mewujudkan perbalahan keluarga yang berpanjangan.

Sebegai pemilik harta, anda sudah pun berada di alam berzakh ketika itu. Anda mengharapkan doa daripada waris sebagai sumbangan kepada anda. Namun apa yang sedang berlaku adalah waris anda sedang bertelagah kerana isu ini. Adakah roh anda akan tenang? Cuba renungkan.

2. Proses undang-undang yang rumit

Saya telah memberikan ratusan ceramah di seluruh Malaysia semenjak 10 tahun yang lepas untuk berkongsi maklumat dengan orang Islam betapa penyediaan dokumen perancangan harta pusaka ketika mereka masih hidup kini merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan waris mereka dari menghadapi proses undang-undang yang rumit. Ramai orang Islam beranggapan bahawa proses tuntutan harta pusaka adalah suatu perkara biasa yang akan dilalui secara "semuala jadi" oleh semua waris. Namun proses ini sebenarnya bukanlah semudah yang disangka.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, apabila berlaku kematian, waris perlu melalui proses undang-undang Syariah dan Sivil. Mereka perlu pergi ke Mahkamah Syariah dan pada masa sama, Mahkamah Sivil bagi mendapatkan perintah yang tertentu kerana kedua-dua mahkamah ini mempunyai jurisdikasi (bidang kuasa) yang berbeza di dalam proses tuntutan harta pusaka Muslim mengikut Artikel 121 (1A) Perlembagaan Malaysia.

Melalui pengalaman saya, apabila saya bertanya kepada waris, adakah mereka tahu ke mana harus mereka tuju, apa borang yang perlu diisi dan proses di mahkamah manakah yang mesti didahulukan atau dikemudiankan? Sebanyak 95 peratus waris akan menggeleng kepala. Saya tidak salahkan mereka kerana dengan proses undang-undang yang rumit sebegini, ia memang mengelirukan bagi orang yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman di dalamnya.

Apakah pula kesan proses undang-undang yang rumit ini kepada waris? kesan utamanya ialah proses untuk menuntut harta pusaka ini akan memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum harta dapat diterima oleh mereka. Anda rasa keadaan ini 'tidak mengapa'? Bayangkan sekiranya pasangan anda suri rumah tangga dan anak-anak pula masih sedang belajar dan memerlukan peruntukan perbelanjaan yang tinggi. Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka?.

Anda memang ada meninggalkan tabungan untuk mereka seperti akaun simpanan dan pelaburan tetapi kegagalan anda merancang harta pusaka anda menyebabkan mereka tidak boleh menerima harta itu dalam jangka masa yang terdekat. Kasihan bukan, tetapi itulah hakikat yang kemungkinan besar akan berlaku kepada waris anda kerana 95 peratus waris Muslim tidak merancang harta harta pusaka mereka. Anda kemungkinan besar adalah salah seorang darinya!

3. Fi pengurusan harta pusaka yang membebankan waris

Oleh kerana proses undang-undang yang rumit di atas, fi atau perbelanjaan untuk menguruskan harta pusaka adalah agak mahal dan membebankan waris. Akta Pobet dan Pentadbiran 1959 membenarkan sehingga 5 peratus daripada nilai harta pusaka dicaj sebagai fi pengurusan harta pusaka.

Ramai orang Malaysia tidak tahu bahawa apabila mereka mendapat perkhidmatan profesional seperti syarikat amanah atau peguam, kebiasaan mereka akan dicaj di antara 2 hingga 4 peratus dari nilai harta pusaka. Initidak termasuk fi buka fail yang kebiasaannya di antara RM 500 hingga beberapa ribu ringgit, fi guaman yang mencecah sehingga ribuan ringgit dan fi yang lain.

Kesemua fi ini perlu ditanggung oleh waris dan keadaan ini tentu membebankan mereka. Sudahlah mereka menanggung trauma kerana kehilangan anda sebagai orang yang tersayang, kegagalan anda membuat sebarang perancangan membuatkan mereka terpaksa pula menanggung beban kewangan sebelum mereka boleh menerima harta pusaka yang anda tinggalkan. Sadis bukan?

Apabila saya bercakap kepada orang Islam menegenai perancangan harta pusaka,respons 'standard' yang biasa saya terima , "saya mana ada harta, jadi tak perlulah untuk saya menyediakan apa-apa dokumen".

Respons "standard" yang saya akan berikan pula ialah, "Kerana harta kita sedikitlah, kita kena pastikan waris kita akan terima harta ini dengan cepat dan pada kos yang minimum!". Banyak atau sedikit harta yang ditinggalkan, inilah sebenarnya cabaran yang mesti dilalui semua waris Muslim apabila berlaku kematian.

Ketiga-tiga keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita merancang harta pusaka kita melalui dokumen Syarak seperti Hibah, Wasiat Islam, Harta Sepencarian atau amanah. Saya harap artikel ini akan membuka minda pembaca untuk mula merancang harta pusaka mereka. Kalau anda benar-benar sayangkan waris anda dan mahu mereka menghadapi kesukaran tersebut, bertindaklah hari ini kerana anda tahu bila anda akan dipanggil pulang!.

Penulis :
En. Ariffin Sabirin
Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah Shoppe
Share:

Q&A BERKENAAN HARTA PUSAKA

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?

Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.


Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?

Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.


Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?

Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 18 bulan sahaja. Ada juga bagi kes pentadbiran yang tidak kompleks diselesaikan kurang dari 6 bulan.


Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan (bagi kes tiada dokumen wasiat), apakah yang waris saya akan dapat ?

Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.


Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?

Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.


Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?

Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka  dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.


Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?

Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI (pentadbir) bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.
Share:

Tuesday, October 4, 2016

APA FALSAFAH WASIYYAH SHOPPE UNTUK ORANG ISLAM


WASIYYAH SHOPPE SASARKAN MEMBANTU RAMAI LAGI ORANG ISLAM SUPAYA TIDAK TERANIAYA DENGAN HARTA SENDIRI.

Wasiyyah Shoppe percaya bahawa harta pusaka yang diagih dengan cepat, tepat dan pada kos yang paling minima dapat memanfaatkan waris dan pemilik harta itu sendiri. Di Malaysia hari ini, KOS PENGURUSAN HARTA PUSAKA mencecah sehingga 5 % yang dikenakan kepada waris-waris bagi menguruskan harta pusaka si mati. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti :-

  • kos buka fail, 
  • kos carian, 
  • kos guaman, 
  • kos cetakan 
  • dan pelbagai kos lain. 
Malah, dalam banyak situasi, pemilik harta semasa yang berkehendak membuat Wasiat, Hibah atau apa sahaja dokumen, mereka TIDAK DITERANGKAN dengan JELAS DAN TERPERINCI tentang kos pengurusan harta pusaka. 

Kadangkala, wujud salah faham bahawa dengan hanya menyediakan WASIAT, kesemua isu harta pusaka akan diselesaikan dengan sempurna dengan kos pengurusan harta pusaka yang MAHAL. Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa situasi seperti ini adalah satu PENGANIAYAAN bukan sahaja kepada pemilik harta yang telah bertungkus-lumus mengumpul harta sepanjang hayat mereka tetapi juga kepada waris-waris. Wasiyyah Shoppe sentiasa berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan di mana waris akan menerima harta pusaka secara PERCUMA atau pada kos yang paling minima. Kami begitu yakin dan percaya bahawa apabila waris-waris menerima harta pusaka dengan tepat, cepat dan PERCUMA, tidak akan timbul lagi rasa tidak puas hati dan seterusnya mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa mereka yang telah merancang harta pusaka dengan sempurna. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh / solehah adalah antara amalan mulia yang tidak akan putus dari seorang anak selepas kematian ibu bapanya

Wasiyyah Shoppe juga percaya bahawa seruan menegakkan Sunnah Rasulullah SAW di dalam industri ini perlu disampaikan oleh organisasi yang dimiliki dan ditunjangi oleh Muslim yang berpegang kepada SYAHADAH serta mempunyai FIKRAH dan IKTIQAD jelas di dalam perjuangan mereka. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa perancangan harta pusaka secara Syariah tidak boleh dibuat di atas ‘KEPERLUAN’ semata-mata , tetapi mesti didasari oleh ‘AQIDAH’ dan ‘KEYAKINAN’ bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Oleh itu walaupun dikritik hebat dan dianggap ‘ortodok’ , Wasiyyah Shoppe hanya membuka peluang kepada orang Islam sahaja untuk membawa dan menyebarkan produk dan perkhidmatan ini ke dalam komuniti masyarakat Islam. Ini adalah kerana apa yang mereka bawa bukanlah ‘produk’ semata-mata tetapi satu usaha DAKWAH. Wasiyyah Shoppe memegang kuat konsep ‘dari orang Islam, untuk orang Islam’

Wasiyyah Shoppe berusaha keras untuk memastikan masyarakat Islam di Malaysia menerima mesej yang jelas tentang perancangan harta pusaka mereka iaitu; KAEDAH SYARIAH adalah satu-satunya PILIHAN YANG TERBAIK sebagai panduan yang diturunkan oleh ALLAH SWTmelalui RASULNYA. Setiap orang Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa manfaat duniawi dan ukhrawi akan menanti jika kita menjunjung seruanNya

Share:

Laman Facebook

Recent Posts

Recent Posts Widget

Total Pageviews

Categories

Text Widget

Unordered List

Almari Buku Hartanah

Wasiyyah Shoppe

Hubungi Kami

Ros Shila
+6013-4804 906
| Professional Mawarith at Wasiyyah Shoppe Berhad |
| Financial Advisor | Property Advisor | Hamba Allah |
| Motivator |

Copyright © Bijak Urus & Rancang Kewangan Secara Islamik | Powered by Blogger Design by PWT | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com