Jika anda ibubapa yang masih mempunyai anak yang masih di bawah umur 18
tahun, apa akan berlaku kepada anak anak anda tersebut jika tiba tiba Allah
menjemput anda ke Syurga bersama sama pasangan sekaligus.
Tengok tak siri drama baru Amsyar (2016) di slot Azalea TV 9?
Drama siri ini menceritakan Amsyar yang kehilangan ibubapa nya sekaligus
dan tidak ada sesiapa di kalangan saudara ibubapanya yang ingin menjaganya.
Pada awalnya pakciknya ingin menjaga Amsyar tetapi isteri pakcik nya tidak suka
dan menderanya. Ibu bapa Amsyar bukan orang biasa malah mempunyai rumah yang
mewah. Namun, nasib Amsyar terhumban ke rumah anak yatim dan harta ibubapanya
di bolot oleh adik beradik ibubapanya yang tamak.
Walaupun ini hanyalah cerita rekaan tetapi ceritanya adalah realiti yang
berlaku sekarang. Sebaik sahaja ada waris meningal semua sibuk untuk agihkan
harta tetapi tiada pun yang sibuk membela anak si mati. Tambahan jika hanya
anak perempuan pula tu kerana ibubapa si mati dan adik beradik si mati juga
mempunyai hak Faraidh ke atas harta itu.
Bila kita mati, antara perkara yang boleh berlaku:
- Harta pusaka tak dapat difaraidkan setelah bertahun-tahun
kematian kita kalau berlaku konflik pelantikan pentadbir dikalangan ahli
waris. Mungkin isteri/ibubapa kita terpaksa ‘merempat’ sebab tak dapat
harta untuk sara hidup/ membesarkan anak-anak.
- Waris - waris akan melakukan dosa memakan harta secara
batil, waris memakan harta anak-anak kita yang yatim,
memakan hak si mati yang masih belum dibersihkan seperti harta kita
difaraidkan sebelum hutang kita dilangsaikan.
- Berlaku pertelingkahan harta sebab waris-waris saling
zalim - menzalimi sesama mereka, pemegang amanah tak mengagihkan harta
pusaka dengan betul, isteri / ibubapa terpaksa tinggalkan rumah sebab
rumah itu adalah milik ahli waris (termasuk adik-beradik serta ibubapa
kita).
- Kita tersiksa di alam barzakh sebab hutang kita tak
diselesaikan oleh ahli waris, keluarga berpecah-belah, dan 1001 lagi
konflik yang berlaku BERPUNCA DARI KITA yang tak merancang semasa hidup!
Jadi, sebagai ibu bapa apa kah akan terjadi kepada harta yang tidak
seberapa itu jika:-
A. Tidak membuat apa apa perancangan
pusaka
B. Membuat wasiat biasa di Syarikat
trustee
C. Membuat wasiat dengan peguam (lawyer)
peribadi
D. Membuat wasiat harta secara islamik
A. Tidak Membuat Apa Apa Perancangan Pusaka
Masalah utama adalah SIAPA YANG AKAN DI LANTIK SEBAGAI PENTADBIR HARTA?
SIAPA AKAN KELUARKAN KOS TUNTUTAN PUSAKA NANTI? BERAPA LAMA AMBIL MASA UNTUK
HARTA DAPAT DIGUNAKAN?
Kos menuntut harta di pusaka kecil (harta bawah 2 juta) mungkin tidak
mahal sangat berbanding kos menuntut jumlah harta yang nilainya melebihi RM2
juta kerana perlu melantik peguam dan menuntutnya di Mahkamah Tinggi. Namun,
masa yang diambil untuk menguruskanya memakan masa bertahun malah
berbelas/berpuluh tahun pun ada. Harta tidak dapat di ambil atau di tukar nama
selagi tidak mendapat Surat Pentadbir/ Surat Probate. Surat ini hanya akan
dapat selepas melalui proses tuntutan yang bergantung pada kesepakatan waris
dan struktur faraidh.
Klik sini untuk baca detail cabaran dalam
tuntutan pusaka. Kegagalan menuntut harta pusaka menyebabkan terbeku dan
menjadi statistik harta terbeku di Malaysia yang sekarang sudah mencecah RM70
Bilion. Bilion tau dan 90% adalah harta orang islam.
Akaun bank yang berpenama ( KWSP/T.HAJI/TAKAFUL dll) dan dinamakan
dengan nama anak di bawah umur akan diserah kepada ARB. Jika penama adalah
pasangan ibubapa tersebut maka akan dikira tidak berpenama, maka akan terbeku
juga. Duit yang tidak berpenama boleh dituntut oleh pentadbir yang dilantik di
kalangan waris selepas mendapat surat mentadbir, tetapi adakah pentadbir
ini betul betul amanah? Rumah/tanah? Secara fizikal masih boleh digunakan
tetapi siapa yang akan guna? Anak masih kecil? Waris dewasa yang mentadbir
harta ibubapa itu boleh memohon perintah penjualan. Adakah betul selepas dijual
rumah tersebut anak anak mendapat hak mereka? Siapa yang boleh pastikan?
Akhirnya, anak anak dibesarkan tanpa boleh menggunakan harta ibubapanya
sehingga umur mencapai 18 tahun. Siapa yang besarkan dan macam mana cara mereka
dibesarkan? Dari mana duit untuk besarkan mereka? Siapa yang sanggup keluarkan
modal untuk menuntut harta si mati bagi kegunaan anak yatim piatu tersebut?
Harta Alih tidak berdaftar yang lain seperti emas, kereta, koleksi
pinggang mangkuk, sofa mahal, dll mungkin akan lesap macam tu sahaja tanpa ada
orang yang boleh menghalang dari dirampas.
Ini yang banyak berlaku kepada kaum melayu sekarang kerana sikap tamak
dan tidak pedulikan hukum. Tetapi siapa yang salah? Ibubapa itu
tetap berdosa kerana tidak memudahkan warisnya sebelum meninggal. Tak
tahu pula nak mati awal kan??? Sebab itu lah kenapa perlu merancang awal.
Mati itu rahsia Allah. Ramai ibubapa cakap “tak pa lah kalau itu
takdirnya”. Betul, tetapi kenapa bila cari duit/aset bersungguh sungguh
pula cakap untuk keluarga tersayang, bila bab untuk memastikan aset itu
macam mana di pusaka kan dengan tepat kepada keluarga tak kesah pula? Pelik
juga kan?.
Ambillah tauladan dari kesah masyarakat seperti contoh kisah nasib anak
anak yang kematian ibubapanya sekaligus di lebuh raya duke baru baru ini
yang viral di media sosial di mana adik beradik sendiri yang dari awalnya
berjanji menjaga anak itu tetapi akhirnya lain pula ceritanya selepas
NAMPAK duit yang banyak. Jangan kesiankan kisah orang lain sahaja, kesiankan
lah juga anak sendiri yang juga tidak mustahil mengalami nasib yang sama.
Ibubapa kaya anak merana selepas ketiadaan mereka.
B. Membuat Wasiat Biasa Di Syarikat Trustee
Alhamdulillah ibubapa ini ada sedikit kesedaran merancang harta.
Sekurang kurangnya potensi harta tidak dituntut/terbeku kurang kerana telah
melantik syarikat trustee untuk uruskanya. Tetapi, konsep syarikat
trustee/amanah sedia ada kebanyakanya menggunakan akta sivil dan mengenakan
“back loading charges” di mana fi akan di ambil dari nilai harta yang
ditinggalkan. Kebanyakkan syarikat trustee menawarkan wasiat murah yang tidak
begitu menepati syarat syarat mengikut hukum islam, namun ada syarikat yang
menawarkannya tetapi mungkin anda pula tidak faham atau kedekut untuk keluarkan
sedikit kos jaminan supaya harta dirancang dengan betul.
Sebenarnya biasa, malah ramai yang terjebak kerana terpengaruh dengan
cerita 3 Abdul yang mewasiatkan harta kepada waris. Wasiat orang islam tidak
boleh disamakan dengan wasiat orang bukan islam ini kerana kita masih tertakluk
kepada waris Faraidh. WASIAT BIASA DI PASARAN banyak kepada bukan cara islam
kerana untuk orang islam hanya 1/3 dari jumlah aset sahaja itupun untuk tujuan
wakaf/kebajikan dan pemberian kepada bukan waris faraidh.
Jika tetap di wasiatkan juga kepada waris faraidh, maka wasiat akan
terbatal jika salah seorang daripada waris faraidh membantah jadi akhirnya
dibahagi secara Faraidh juga. Jika anak dibawah umur yang masih kecil, macam
mana mereka faham dan nak uruskan? Maka syarikat trustee itu yang akan uruskan
semua dan segala kos untuk proses akan ditolak dari jumlah aset cair si mati
terlebih dahulu, jika tidak cukup, maka, mereka ada hak untuk menjual aset lain
seperti rumah/tanah ini kerana kos menguruskan tuntutan harta yang berwasiat
hanya dibuat di Mahkamah Tinggi yang menelan belanja yang agak “tinggi”.
Bukan membuat wasiat itu salah tetapi wasiat yang dipilih itu tidak
menjamin kemaslahatan anak kecil yang kita lindungi kerana tidak memahaminya
dengan betul. Dalam kes ini mungkin hak anak anak selamat di simpan di ARB
tetapi macam mana untuk kanak kanak itu menggunakan semasa mereka kecil ini?
Urusan di ARB bukan sesenang ABC, anda boleh layari website www.arb.com.my untuk
baca lebih lanjut atau boleh menelifon bertanyakan dengan terperinci.
Permasalahan utama orang kita ialah nak yang murah bukan nak yang
terbaik dan menjamin. Bacalah dokumen dengan teliti dan buatlah banyak
perbandingan berdasarkan menjaga hak waris bukan untuk menyenangkan anda
sekarang.
C. Membuat Wasiat Dengan Peguam (Lawyer) Peribadi
Wasiat dengan peguam ni bunyi macam ada prestij/class kan, macam sinonim
dengan orang orang kaya. Tetapi, kenapa banyak kes kes berprofil tinggi yang
konon ada peguam peribadi yang uruskan masih lagi tidak selesai?
Perlu di ingatkan, peguam bukan bermaksud semua perkara tahu. Peguam
juga ada kepakaran tertentu. Hanya peguam probate yang layak uruskan segala
urusan harta. Biasanya peguam bersifat peribadi. Segala dokumen hanya di pegang
oleh peguam/ syarikat peguam tersebut sahaja. Bagaimana jika peguam tersebut
meninggal atau syarikatnya bankrupt?
Selalunya peguam hanya akan uruskan mengikut akta sivil yang lebih
sesuai kepada cara bukan islam.
Soalannya, apakah jaminan dengan kos yang tinggi tersebut cukup untuk
memastikan hak anak anak anda terjamin? Adakah yakin waris waris lain tidak
boleh masuk campur? Betul ke tak akan berlaku pertelagahan dengan hanya gunakan
peguam untuk uruskan harta? Peguam tidak ada hak untuk menguruskan, mereka
tetap perlu berurusan dengan badan-badan kerajaan yang berkenaan.
Jawapannya jika anda bukan islam mungkin tidak akan ada begitu banyak
masalah kerana harta orang islam masih lagi tertakluk kepada hukum-hukum
faraidh dan halal haram.
D. Membuat Perancangan Harta Secara Islamik
Dalam Islam jawab mentadbir dan mengurus bumi ini berlandaskan kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Keperluan kepada solusi
permasalahan berkaitan harta pusaka dalam masyarakat Islam di Malaysia yang
berasaskan kepada prinsip-prinsip asas Undang-Undang Pusaka Islam adalah amat
penting. Hal ini supaya keharmonian silaturahim dalam konteks jalinan hubungan
sesama manusia dapat dipelihara dan dikekalkan selaras dengan piawaian yang
dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Undang-undang Pusaka
Islam (faraid) bersumberkan kepada al-Quran al-Karim, al-Sunnah, ijmak sahabat
dan ijtihad bagi masalah-masalah tertentu. Di dalam al-Quran, ayat-ayat yang
menjelaskan hak-hak ahli waris yang dapat dilihat dalam pelbagai surah yang disebut
ayat al-mawarith.
Waris secara umum
ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Orang-orang lelaki ada bahagian
pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula
ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit
atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).” (Surah al-Nisa’ 4: 7). Banyak dan
panjang penjelasan mengenai waris Faraidh yang mana Allah telah tetapkan dengan
jelas. Baca selanjutnya disini.
Jadi, setelah kita faham dahulu siapa yang layak menuntut harta kita
kelak baru lah kita boleh merancang.
Di dalam islam kita ada 3 INSTRUMEN pembahagian harta iaitu:-
- WASIAT 1/3 (Info wasiat)
- WAKAF
- HIBAH/HADIAH (Info Hibah)
WASIAT 1/3
Hanya sesuai untuk waris bukan faraidh atau untuk infak/wakaf tetapi
tidak melebihi jumlah 1/3 dari harta. Jika melebihi waris berhak menentang.
WAKAF
Wakaf ialah apa apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta
tersebut daripada sebarang urusan jual beli perwarisan hibah dan wasiat
disamping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
HIBAH dan AMANAH
Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara
sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa
balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.
Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli
keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had
tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan
daripada milik pemberi hibah.Hibah mengeluarkan dari pembahagian secara
Faraidh. Waris lain tidak ada hak untuk menuntutnya.
Macam mana tu yang kata menjamin hak anak – anak nanti?
Instrumen yang paling sesuai untuk anak anak dibawah umur adalah hibah
Amanah iaitu hibah yang di ikatkan dengan surat ikatan amanah.
Dari segi nilai dan akhlak, amanah
bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan
melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah
ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan
kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa
mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia
merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis.
Didalam perwarisan islam, Amanah
dikaitkan dengan surat ikatan untuk menyuruh seseorang yang kita percayai
menjalankan niat pemilik harta untuk orang orang yang ingin dilindungi atau
untuk melindungi kelangsungan perniagaan.
Hibah ini sesuai untuk semua jenis harta seperti yang
dibenarkan/mengikut rukun rukun hibah yang sah. Namun, untuk ibubapa Rumah dan
Syarikat perniagaan adalah penting untuk memilih Hibah Amanah jika mempunyai
anak anak dibawah umur. Pemegang Amanah boleh dipilih dikalangan sesiapa sahaja
yang anda percayai untuk melaksanakan hasrat anda dalam menguruskan dan
mengagihkan hartanah/perniagaan anda dengan berterusan walaupun anda sudah lama
meninggal dunia.
Contoh:- anda mempunyai 1 biji rumah, anda boleh hibahkan kepada anak
anak dengan hibah amanah di mana pemegang amanah yang anda lantik sendiri akan
menguruskan mengikut kehendak anda contohnya:- sewakan rumah tersebut/ pastikan
siapa yang layak menduduki rumah tersebut, jika disewakan atau dijual
pendapatan dari sewaan/jualan tersebut macam mana hendak diagihkan kepada anak
anak/penjaga,
Contoh:- Anda mempunyai syarikat perniagaan sdn bhd yang berkembang maju
dan mempunyai beberapa rakan kongsi, anda menghibahkan syer anda kepada anak
anak tetapi memberi kuasa kepada rakan kongsi untuk menguruskanya dengan
mengikat Amanah untuk pengagihan pendapatan kepada anak anak/penjaga mereka.
Pemegang Amanah boleh dilantik dari sesiapa sahaja dan beberapa orang yang anda
percaya yang terikat dengan akta sivil di mana jika didapati pecah amanah boleh
dipenjarakan.
Di wasiyyah Shoppe berhad, kita lebih mengalakkan perancangan yang
harmoni. Wasiyyah shoppe menyedari keperluan umat islam yang mahukan harta
pusaka menjadi asbab kepada pengukuhan kasih sayang sesama waris. AL-MUTAHABBAH
(AMANAH KELUARGA) , yang bermaksud saling berkasih sayang diperkenalkan khas
untuk membantu umat Islam merancang harta pusaka mereka dengan kaedah paling
efisen supaya manfaat harta dinikmati secara berterusan oleh generasi yang akan
datang.
Mutahabbah adalah gabungan hibah dan ikatan amanah untuk semua harta -
harta cair ( asb, simpanan, barang kemas dll) Hartanah (rumah, kedai&tanah)
dan juga saham syarikat. Harta Suami isteri boleh digabungkan untuk kepentingan
semua ahli keluarga dengan melantik sendiri pemegang amanah dan macam mana
hasil pendapatan/ harta dibahagikan dengan adil.
Sistem perwarisan secara islamik sangat berkesan dan menitikberatkan
keharmonian supaya tiada persengketaan di antara waris. Ibu Bapa Anak Anak dan
adik beradik boleh disatukan untuk mendapat manfaat tertentu.
Selain itu, sebagai orang islam, kelangsungan infak sangat digalakkan.
Belum tentu amalan didunia sudah mencukupi untuk ke akhirat jadi, dengan
perancangan islamik anda boleh mengarahkan pemegang Amanah/keluarga mendermakan
pendapatan bulanan dari harta sendiri ke badan badan kebajikan yang anda
inginkan secara berkala dan berterusan. Best kan? Dah lama meninggal tetapi
harta kita tetap memberi pahala berterusan.
Perkongsian ini mungkin panjang tetapi jika anda ingin mengetahui lebih
lanjut, jom buat temujanji dan saya boleh terangkan lagi detail sehingga anda
faham dan yakin. Saya yakin dengan product islamik di Wasiyyah Shoppe Berhad (www.wasiyyahshoppe.com.my)
banyak membantu anda merancang harta dengan lebih bijak dan efektif.
Hubungi saya di 013-480-4906 untuk keterangan lanjut.
Jom like FB page saya di https://www.facebook.com/rancanghartapusaka.wasiat.hibah/
Playtech announces new Genesis slot - KLH
ReplyDeletePlaytech is 고양 출장샵 excited to announce the newest Genesis slot and it's a thrilling slot machine 양산 출장마사지 experience. In 아산 출장마사지 terms of payout, players pay up 포천 출장샵 to 포천 출장안마 500x.