Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.
Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.
Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 18 bulan sahaja. Ada juga bagi kes pentadbiran yang tidak kompleks diselesaikan kurang dari 6 bulan.
Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan (bagi kes tiada dokumen wasiat), apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.
Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.
Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.
Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI (pentadbir) bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.
Assalam, soalan: keluarga ini mempunyai lima beradik. 4 perempuan dan 1 lelaki. Salah seorang yang perempuan meninggal dunia, dimana arwah tidak mempunyai suami dan anak. Arwah meninggalkan harta duit simpanan di bank dan ASB disamping beberapa keping tanah miliknya dan sebuah rumah. Jadi tinggal lah 4 orang waris(adik-beradik arwah). Salah seorang waris mencadangkan agar harta2 itu dinfakkan utk pembinaan masjid, kalau tidak semua, hanyalah sebahagian. Contoh harta2 itu dibahagi 5, termasuk bahagian utk arwah, dimana bahagian arwah akan diinfakkan 100% utk dijadikan saham akhirat arwah. Malangnya 3 orang waris lagi tidak setuju, malah mereka tetap mau harta2 itu dibahagi 4 bahagian. Kalau nak infak utk arwah, terpulanglah kpd yg antara sesiapa dari 4 orang, dimana menggunakan harta arwah yg dibahagikan kpdnya. Apakah boleh pihak pesaka kecil membahagikan kpd lima bahagian dan bahagian arwah itu diuruskan infaknya oleh pemegang amanah? Apakah pandangan tuan terhadap 3 pihak lagi yg sepertinya teruja utk memperolehi harta2 arwah dan seakan2 tidak malu utk bolot tanpa memikirkan membantu membuat infak diatas nama arwah? Pandangan dari pihak berpengetahuan luas akan permasalahan ini amat dihargai.

ReplyDelete